Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Peningkatan Jumlah Warga Tua"(2)
2011-04-27 16:48:09 CRI Cetak

Jumlah warga tua yang usianya melebihi 60 tahun sudah mencapai 167 juta orang di China setakat ini. Angka ini dijangka akan meningkat ke 248 juta orang pada tahun 2020. Masalah-masalah yang timbul akibat peningkatan ini semakin hari semakin menarik perhatian masyarakat.

Menurut hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam beberapa laman web di China, menjadi kebimbangan kebanyakan orang ialah "tidak ada orang yang akan menjaga kita ketika kita sudah tua"

Dalam hal menjaga orang tua, kebanyakan orang China lebih menyebelahi cara tradisional, iaitu menjaga orang tua di rumah sendiri.

Walaupun begitu, ada juga orang tua yang hidup seorang diri, mungkin suami atau isteri mereka sudah meninggal dunia, mungkin anak mereka tinggal dan kerja di bandar lain ataupun di negara lain sama sekali.

Walaupun sudah ada "rumah jagaan" (retirement home) yang khusus menyediakan perkhidmatan kepada orang tua, tetapi tidak semua orang dapat menerima cara ini. Bagi orang tua yang tiada keluarga atau saudara mara, ini mungkin penyelesaian terbaik. Tetapi bagi yang masih ada keluarga, keluarganya mungkin dipandang serong. Dalam budaya kita, anak-anak yang bertanggungjawab menjaga orang tua dan orang tua lebih baik dijaga di rumahnya sendiri.

Menurut pakar, ini juga menunjukkan sistem sosial dan kemudahan-kemudahan yang sedia ada masih kurang memuaskan untuk orang tua hidup dengan lebih selesa.

Soalan 1: Bagaimana saudara menjaga ibubapa saudara yang sudah tua?

Soalan 2: Pada pandangan saudara, bagi orang tua yang hidup seorang diri, adakah rumah khusus menjaga mereka sesuai untuk mereka? Dalam hal ini, apa yang patut dibuat oleh individu, sesebuah komuniti perumahan, kebajikan masyarakat dan kerajaan?

Topik ini akan terus dibincangkan dalam ruangan "Salam" pada 4 Mei nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China