Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Menonton Wayang"
2011-05-06 15:21:20 CRI Cetak

Wayang atau filem selalunya dibahagikan mengikut jenisnya; filem romantik, kungfu atau aksi, kartun, fantasi, dokumentari dan lain-lain. Jenis filem yang manakah yang saudara lebih suka tonton, dan apa sebabnya? Apakah filem yang meninggalkan kesan yang paling mendalam kepada saudara?

Sekarang ini panggung wayang terpaksa bersaing dengan industri DVD dan perkhidmatan muat-turun melalui internet atau menonton wayang di laman web. Walaubagaimanapun, masih terdapat ramai peminat setia panggung wayang sebab menurut mereka, menonton wayang di panggung wayang rasanya berlainan dengan menonton wayang di rumah melalui skrin TV atau komputer. Mana satu cara menonton wayang yang saudara lebih suka? Apa sebabnya?

"Menonton Wayang atau Filem" dalam bahasa Mandarin disebut Kan Dian Ying.

Kan, maksudnya menonton.

Dian Ying bermaksud wayang atau filem.

Panggung wayang pula ialah Dian Ying Yuan.

Menonton wayang memang perkara yang menarik dan seronok. Ada orang yang lebih suka menonton wayang seorang diri, ada pula yang suka menonton beramai-ramai. Biasanya, kalau menonton wayang di panggung wayang, kita lebih suka pergi bersama keluarga atau kawan-kawan. Sekiranya ada apa-apa cerita atau pengalaman menarik yang berlaku pada saudara, silalah berkongsi dengan kami.

Tahun lalu, CRI sudah membuka sebuah laman web khusus memperkenalkan wayang-wayang buatan China. Sekiranya saudara berminat, bolehlah layari http://www.chinesefilms.cn/ untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

Filem Kongfu Panda 2 terbitan Dream Works A.S. akan ditayangkan di AS mulai 26 Mei ini. Jackie Chan, Lucy Liu dan Angelina Jolie yang mengalih suara untuk filem ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China