Cari:
Komen tentang "Menonton Wayang" daripada Rudy Hartono
2011-05-09 08:14:14 CRI Cetak

Pada kesempatan ini saya ingin mengutarakan hobby saya semasa kecil di tahun 1980-1n adalah menonton filem. Filem yang saya sukai adalah filem yang beraroma patriotik seperti filem Kungfu, filem Perang / War, filem Gangster dan sebagian besar filem yang masuk ke Indonesia di zaman itu adalah filem impor dari China, sehingga bagi saya Bruce Lee, Jackie Chan, Jet Li, Bradon Lee, adalah nama-nama bintang filem yang sangat akrab di telinga saya. Di zaman itu industri filem di Indonesia sangat berkembang pesat sehingga filem asing sangat diminati oleh peminat filem. Saya senang menonton filem beraroma patriotik karena jalan ceritanya sangat membangkitkan semangat solidaritas kepada teman sejawat, saudara mara dan organisasi tempat bekerja. selain itu juga filem ini lebih menghibur penonton dan tak dipungkiri lagi filem asing terdapat jalan cerita percintaan yang merupakan bumbu filem yang digemari oleh penonton dewasa. Di kala itu ada pengalaman lucu saat saya ingin menonton filem, karena saya masih kecil saya sering menonton numpang masuk dengan dibawa oleh orang dewasa, dan sering dikeluarkan lagi oleh petugas tiket karena 1 tiket tidak boleh untuk 2 orang, dan pengalaman lain minta potongan tiket orang lain untuk masuk bioskop / rumah wayang heee.. Di zaman sekarang industri filem di Indonesia sudah mulai sepi, bioskop sudah banyak yang bangkrut sehingga menonton filem layar lebar hanya dijumpai di tempat2 tertentu sahaja. Bagi saya yang sudah dewasa dan memiliki keluarga hanya sesekali sahaja menonton di bioskop dan lebih senang menghabiskan waktu di malam hari menonton DVD di rumah sahaja.

Kiriman : Rudy Hartono
KALBAR INDONESIA

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China