Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Perpustakaan Awam"
2011-05-18 16:05:00 CRI Cetak

Perpustakaan Hangzhou (provinsi Zhejiang China) mula dibuka kepada semua orang secara percuma awal tahun ini. Pengemis pun tidak akan dihalang. Kata Ketua perpustakaan ini, Chu Shuqing, "Saya tidak ada hak untuk menolak kemasukan mereka untuk membaca buku. Setiap orang ada hak untuk datang dan pergi." Kata beliau juga, dasar memberi perkhidmatan secara percuma adalah demi melaksanakan misi yang terkandung dalam "Pengisytiharan Perpustakaan Awam" UNESCO PBB. Pada hakikatnya, tidak ramai pengemis atau orang tidak berumah yang akan masuk ke perpustakaan untuk membaca buku. Tetapi sama ada perpustakaan awam dibuka kepada mereka ataupun tidak, ini menguji semangat kemanusiaan dan kesabaran sesebuah bandar dan negara.

Menurut Kementerian Budaya China, "Undang-undang perpustakaan awam" yang sedang dalam penggubalan sudahpun berjaya menarik perhatian ramai. Ada ramai yang berpendapat, walaupun "percuma" itu bagus, tetapi lebih penting perpustakaan itu "adil dan saksama" dalam melayan pengunjungnya. Walaupun begitu, kita tetap tidak boleh nafikan ini satu permulaan baik untuk mewujudkan semangat perpustakaan awam di China.

Perpustakaan awam adalah sumber yang patut dinikmati oleh orang awam. Perpustakaan awam bukanlah setakat tempat untuk meminjam dan membaca buku, malah juga sebahagian daripada sistem pendidikan, gaya hidup dan penyebaran ilmu dan maklumat.

Perpustakaan awam yang dibuka secara percuma dapat memberi peluang kepada pembaca dari pelbagai lapisan masyarakat untuk belajar secara percuma sehingga dapat memperbaiki hidup mereka.

Sementara itu, pentadbiran perpustakaan awam juga satu hal yang perlu dititikberatkan dan diselidik dengan secepat mungkin.

Selain itu, usaha bersama pelbagai pihak diperlukan bagi menjamin perkhidmatan perpustakaan awam kekal pada tahap yang tinggi dan bermutu.

Bagi saudara yang sudi ikut serta dalam perbualan tentang perpustakaan awam, silalah jawab soalan-soalan berikut.

Soalan 1: Apakah keadaan perpustakaan awam di negara anda?

Soalan 2: Adakah anda pernah membaca buku atau mencari maklumat di perpustakaan awam?

Soalan 3: Pada pandangan anda, apakah peranan yang patut dimainkan oleh perpustakaan awam dalam masyarakat kita?

Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan "Suara Sutera" pada 25 Mei nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China