Suatu perjalanan…. Oleh Noriani Mohd Idris - 22 Mei 2011
Kalau dipecahkan perkataan 'Gui' kepada tiga bahagian karekternya, perkataan yang timbul adalah "Zhong Yi Bei" yang bermaksud 'Permata di China'. Begitulah ibaratnya keindahan dan kilauan yang bakal menanti sesiapa pun yang mengunjungi Guizhou. Untuk ke provinsi itu, jika dengan menaiki kapal terbang, perjalanannya mengambil masa 3 jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, melalui kereta api 28 jam dan kalau di darat…… pasti memenatkan.
(Perkataan "Gui" dalam bahasa Mandarin)
Guizhou dikelilingi dengan gunung ganang dan lembah saujana mata memandang. 14 gunung di sini telah ditarah untuk memberi laluan kepada pembangunan dan juga pembinaan lapangan terbang Guizhou.
(Gunung yang ditarah di sekitar lapangan terbang)
Saya yang dianggap sebagai kaum minoriti juga di negeri China kerana antara 3 orang dari Malaysia, telah diberi penghormatan untuk bersama-sama mengikuti satu lawatan dan mengikut tag nama yang diberi ialah lawatan wartawan dan juruhebah etnik minoriti dari seluruh China mendekati sukan di Guizhou. Pastinya memperkenalkan budaya Malaysia satu acara kemestian. Maka lagu Joget Kelantan menjadi pilihan utama, jangan ditanya tentang lirik, hentam sahaja lah labu!
(Mee sup seperti soto Malaysia)
Sajian malam pertama di Guizhou mempunyai unsur negara di sebelah Asia Tenggara, pedas dan masam. Ini kerana Guizhou dekat dengan Vietnam. Yang pasti walaupun tidak dapat makan dalam pesawat, makan malam seperti masakan Malaysia itu sudah membuka selera. Hilang keroncong dalam perut akibat bertahan lapar. Ada seperti Soto Malaysia, Mee sup kambing dan ada sejenis sayuran yang dikatakan penawar untuk penyakit S.A.R. (sindrom antitahanan melawan penyakit) Dikatakan semasa serangan SARS, tiada seorangpun rakyat di sini yang dilanda penyakit tersebut. Nampaknya sayuran ini dikenali sebagai "herba houttuyniae" boleh dijadikan satu pelaburan antara ushawan Malaysia dan China. Sebagai mengalu-alukan tetamu, kebiasaan orang Guizhou akan dihidagkan dengan minuman arak paling mahal di China, iaitu Maotai
(Herba houttuyniae yang dikenali sebagai "Yu Xing Cao" dalam bahasa Mandarin)
(Herba houttuyniae yang dikenali sebagai "Yu Xing Cao" dalam bahasa Mandarin)