Orang China berasa bangga dan menamakan diri keturunan Yandi dan Huangdi. Manakala, etnik Miao dikatakan berasal dari Chi You yang bertubuh manusia dan bertanduk. Meskipun puak Chi You kalah dalam pertempuran dengan Yandi dan Huangdi, namun puaknya tetap dianggap kaum yang gagah perkasa. Oleh sebab itu, garam dan besi larang diangkut ke kawasan tinggal etnik Miao, supaya kaum ini dilemahkan badan dan kelengkapan senjata. Walau bagaimanapun, etnik Miao menggantikan cita rasa masin dengan masam. Tubuh mereka tidak lemah sedikit pun kerana kekurangan garam, sebaliknya bertambah kuat. Itulah kisah mengenai masakan Guizhou selalu masam-masam. Selain masam, masakan di sini juga pedas sekali.
(salah satu masakan Guizhou yang terkenal, mi sup masam)
(kepala ikan bercili)