Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Filem Wushu atau Kungfu Buatan China"
2011-06-02 13:46:43 CRI Cetak

Majlis Tayangan Perdana filem Wushu China "Swordsmen" telah diadakan di Cannes pada 14 Mei waktu Beijing. Ketua pengarahnya, Peter Chan dan barisan pelakon handalannya, Donnie Yen, Takeshi Kaneshiro, Wei Tang serta Xiao Ran Li telah bersama-sama menghadiri majlis tersebut. Dalam filem sepanjang dua jam ini, Ketua Pengarah Peter Chan berusaha mewujudkan sebuah dunia "Wushu". Pada pandangan beliau, Wushu cuma sejenis Kungfu sahaja, intinya ialah semangat "Xia", iaitu jiwa yang jujur, taat setia dan mulia.

Peter Chan, ketua pengarah terkenal Hong Kong

Donnie Yen, bintang filem Kungfu

Wushu atau Kungfu merupakan sumber inspirasi yang kekal abadi dalam dunia perfileman China, sama seperti silat yang selalu terdapat dalam filem buatan Malaysia.

Poster Filem "Swordsmen"

Tayangan Perdana "Swordsmen" bukanlah kali pertama filem Wushu atau Kungfu buatan China ditayangkan di arena antarabangsa. Sebenarnya filem Wushu atau Kungfu buatan China sudah lama mendapat sambutan para penonton di seluruh dunia. Selain daripada ikon Kungfu China, Bruce Lee, terdapat ramai bintang Kungfu China lain yang sudah berjaya mencipta nama di dunia seperti Jackie Chan, Jet Li dan Donnie Yen.

Filem "Crouching Tiger, Hidden Dragon" arahan Ketua Pengarah Ang Lee mendapat Anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik di Majlis Oscar ke-73. Ini merupakan kemuncak pencapaian filem Wushu China.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun banyak filem Wushu dihasilkan dan ditayangkan, namun hasil jualan tiket filem Wushu China masih kurang memuaskan. Mungkin para penonton mula berasa letih atau jemu terhadap jalan cerita dan plot-plot dalam filem Wushu yang mirip. Oleh itu, sama ada filem "Swordsmen" ini akan mendapat sambutan hangat, serta menyemarakkan semula semangat Wuxia di kalangan para penonton, kita cuma akan tahu selepas ia ditayangkan secara rasmi pada 4 Julai nanti.

Adakah anda pernah menonton filem Kungfu China? Masih ingat tak nama filem itu? Siapa bintang filem Kungfu yang anda paling anda minati? Adakah anda suka menonton filem Kungfu China, dan apa sebabnya?

Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan "Salam" pada 8 Jun nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China