Menyanyi kebolehan semula jadi manusia. Tak kira lelaki atau wanita, tua atau muda, kita semua tentu suka menyanyi. Menyanyi cara yang baik untuk menyampaikan perasaan. Orang China selalu berkata: "Susah nak curahkan isi hati melalui percakapan? Cubalah menyanyi." Adakah anda suka menyanyi?
Menyanyi dalam bahasa Mandarin disebut "Chang Ge".
Rancangan "American Idol" yang bertujuan mencungkil bakat generasi muda di Amerika telah mencetuskan ribut pertandingan menyanyi di seluruh dunia. Rancangan televisyen seperti America Got Talent dan Britain Got Talent pun lahir satu demi satu. Beberapa orang penyanyi berbakat berjaya ditemui melalui rancangan-rancangan tersebut. Cik Susan Boyle satu contoh yang baik. Jadi, tidak hairanlah aktiviti sebegini sudah dianggap saluran untuk mencipta nama dengan cepat.
Adakah rancangan pertandingan menyanyi diadakan di negara anda? Pada pandangan anda, adakah ini cara baik untuk penyanyi amatur untuk merealisasikan impian mereka untuk menjadi bintang terkenal?
Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan "Salam" pada 10 Jun nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.