Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Barang-Barang Mewah"
2011-06-22 14:26:08 CRI Cetak

Buku Biru Perdagangan versi bahasa Inggeris tahun 2011 telah diumumkan oleh Kolej Sains Sosial China baru-baru ini. Menurut buku tersebut, ekonomi China sedang berkembang pesat dan taraf hidup rakyat juga turut meningkat. Peningkatan pendapatan rakyat meningkatkan kuasa beli, sekaligus meningkatkan pembelian barang-barang mewah. Jumlah orang kelas pertengahan di China dijangka akan mencapai kira-kira 100 juta orang pada tahun ini. China mungkin akan menjadi pasaran pengguna barang mewah terbesar di dunia menjelang tahun 2015.

Selepas warga Jepun dan Republik Korea, China sedang menjadi pengguna barang mewah yang baru membangkit di pasaran luar negara. Selain peningkatan pendapatan, kemudahan melancong ke luar negara dan kenaikan nilai matawang RMB juga dianggap antara sebab kuasa beli rakyat China yang semakin tinggi.

Tidak boleh dinafikan bahawa produk import termasuk barang-barang mewah dijual dengan harga 20% hingga 50% lebih tinggi di tanah besar China berbanding dengan di luar negara.

Di samping itu, "saling menghadiahi" dianggap amat penting dalam budi bahasa orang China. Ini mendorong orang China untuk membeli barang-barang mewah dari luar negara untuk dijadikan hadiah buat kawan-kawan dan saudara mara. Ada pihak yang berpendapat orang China berlumba-lumba membeli barang mewah sekadar untuk menunjuk-nunjuk.

Apakah pandangan anda mengenai "barang-barang mewah"? Adakah benar "barang-barang mewah" lebih baik, ataupun benar pembelinya hanya mahu menunjuk-nunjuk?

Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan "Suara Sutera" pada 29 Jun nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China