Cari:
Mesej daripada Pendengar CRI, Mohd Faizal bin Adzali, Malaysia
2011-06-23 13:42:07 CRI Cetak

Salam 1 Malaysia dan salam 1 dunia..

Pada tahun 2010 yang lalu saya telah berpeluang untuk melawat beijing. Perasaan seronok tak terhingga bermula dari malaysia hinggalah ke beijing.Banyak pengalaman baharu yang saya peroleh dalam lawatan tersebut.Dari segi budaya, sosio ekonomi, kebudayaan dan macam-macam lagi.Tak terlepas juga melawat tempat-tempat bersejarah.Saya percaya kebanyakan manusia di dunia ini pasti menyimpan impian untuk melawat Great Wall.Seperti yang kita ketahui, Great Wall merupakan 7 tempat keajaiban di dunia ini.Alhamdulillah salah satu daripada 7 tempat tersebut telah berjaya saya lawati dan mendaki.Mengenai sejarah China tak perlu diceritakan lagi.Memang terlalu hebat.Saya terpegun dengan pembinaan Great Wall, pembinaan Forbidden City dan macam-macam lagi tempat menarik di bawah pemerintahan kerajaan China yang dahulu kala.Akhir sekali, pengalaman ke negara tembok besar ini telah membuatkan impian saya menjadi kenyataan.Saya pasti suatu hari nanti saya akan kembali ke Beijing.

Mohd Faizal bin Adzali
Malaysia

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran
Dengar Dalam Talian

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC

• Sungai Khalkhyn
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China