"Angin" Thailand bertiup kencang dalam Pesta Filem Antarabangsa Shanghai ke-14. Sebanyak 10 buah filem Thailand ditayangkan bergilir-gilir di panggung wayang di Shanghai. Antaranya filem komedi "Friday Killer" yang terpilih sebagai calon "Gold Eucharist Cup", iaitu anugerah tertinggi dalam pesta filem tersebut.
Menurut duta besar Thailand ke China, encik Piamsak Milintachinda, 10 buah filem yang dipilih untuk menyertai Pesta Filem Antarabangsa di Shanghai ini diharap dapat menampilkan gaya perfileman Thailand. Harapannya juga agar tokoh profesional sektor perfileman dari seluruh dunia dapat menyaksikan daya hasil dan cipta filem Thailand serta mempelajari budaya Thailand melalui pesta kali ini.
Sementara itu, drama bersiri TV Thailand sudah semakin popular baru-baru ini. Pemandangan tropika yang indah, watak-watak yang paras rupanya menarik, tidak lupa juga jalan ceritanya yang mudah diikuti dan romantik. Kesemua ini menjadi daya penarik yang susah ditolak oleh para penonton termasuklah penonton di tanah besar China. Filem dan drama TV Thailand juga menimbulkan kegemaran para penonton China kepada bahasa Thai.
Pada zaman moden ini, menonton filem dari negara asing dan dalam bahasa asing bukanlah perkara luar biasa. Sebaliknya semakin ramai orang berminat terhadap filem-filem yang menonjolkan budaya negara-negara lain.
Tetapi pada masa yang sama, sudah mula timbul kebimbangan bahawa generasi muda terlalu banyak dipengaruhi oleh konsep dan budaya negara lain sehingga terlupakan budaya dan tradisi negara sendiri. Apakah pandangan anda terhadap hal ini?
Adakah anda suka menonton wayang dan drama TV negara asing? Apa sebabnya?
Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan "Suara Sutera" pada 6 July nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.