Adakah saudara sudah ke blog mikro hari ini? Bagi sesetengah orang, soalan ini sudah menjadi sapaan pada setiap hari. Tidak perlulah kita tegaskan lagi betapa popularnya Twitter sekarang ini. Sebaik sahaja adanya telefon bimbit yang berkebolehan sambung ke internet melalui teknologi 3G atau Wifi, kita boleh kemaskini blog mikro kita pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat. Pada masa yang sama, kita pun dapat membaca berita atau maklumat terkini melalui sistem blog mikro.
Di tanah besar China, terdapat banyak laman web yang menyediakan blog mikro untuk para pengguna. Antaranya, blog mikro Sina lebih luas pengaruhnya. Selain individu, semakin banyak syarikat, persatuan, bahkan badan kerajaan dan negara juga menjadi pengguna blog mikro.
Twitplomacy, perkataan baru dicipta hasil gabungan dua perkataan iaitu "twitter" dan "diplomacy" merujuk kepada aktiviti diplomasi yang dilaksanakan melalui Twitter atau blog mikro yang lain. Ada pendapat berkata, Twitplomacy sudah menjadi aliran baru dalam bidang politik antarabangsa.
Pemimpin-pemimin negara juga tidak mahu ketinggalan zaman. Mereka turut membuka akaun di laman Twitter, Facebook, Youtube atau laman web jenis SNS lain. Contohnya, Presiden Rusia, Dmitry Medvedev sudah buka blog mikro. Walaupun tidak begitu banyak menulis, tapi beliau berusaha mengemaskininya hampir setiap hari. Berlainan dengan kebanyakan orang terkemuka lain yang biasanya meminta bantuan pembantu untuk kemaskini blog mikro, Presiden Medvedev mengemaskini blog mikronya sendiri, dan selalu memuat naik gambar-gambar peribadinya. Beliau juga menggalakkan pegawai-pegawai kerajaan menulis mesej kepada beliau dalam blog mikronya.
Tidak boleh dinafikan, media baru seperti blog mikro sudah menjadi salah satu saluran interaksi utama antara kita dari pelbagai negara.
Adakah anda pengguna blog mikro? Berapa kerapkah anda mengemaskini blog mikro sendiri?
Apakah pandangan anda mengenai blog mikro yang digunakan dalam aktiviti diplomasi kerajaan atau negara?
Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan "Salam" pada 15 dan 22 Julai nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.