Cari:
Farah: Riang-riang yang riang!
2011-07-04 16:35:00 CRI Cetak

Di pekarangan pejabat CRI ada banyak pokok maple yang rimbun. Daunnya hijau dan lebat, dah jadi macam kanopi di laluan masuk di pintu selatan. Sekarang ini cuaca panas, nasib baik ada pokok maple, sedaplah sikit berjalan pergi balik kerja. Serangga pun pandai, banyak yang tumpang berteduh di celah-celah dahan dan daunnya yang lebat itu.


(Daun pokok maple yang lebat)

Bila lalu di bawahnya, boleh dengar bunyi riang-riang yang menyanyi dengan gembira. Kuat betul bunyinya. Mesti ada ramai. Tapi bila diintai-intai, seekor pun tak nampak. Pandai betul menyorok ya?


(Riang-riang kartun)

Yang menyanyi itu cuma riang-riang jantan. Riang-riang betina tidak menyanyi, hanya mendengar sahaja. Makin panas hari, makin kuatlah si jantan menyanyi. Ada sesetengah orang tak suka akan lagu riang-riang. Kata mereka terlalu bising. Tapi saya suka, sebab buat saya teringat pada kampung halaman.

Kalau saudara jenis yang geli tengok serangga, janganlah tengok gambar yang terakhir ini. Kalau dah terpandang tu, janganlah marah saya pula ya?


(Riang-riang sebenar)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China