Seperti muzik, lukisan dianggap "bahasa" yang dapat difahami semua bangsa di dunia. Sejak zaman dahulu lagi melukis sudah dianggap bukan sahaja sejenis kegemaran atau hiburan masa lapang, tetapi sejenis kerjaya. Ada pelukis yang menjual karya lukisan mereka atau khusus berkhidmat untuk suatu kelompok seperti keluarga diraja atau orang kaya.
Kursus melukis sekarang ini banyak ditawarkan dan sesiapa sahaja boleh mengikutinya, namun melukis masih memerlukan bakat dalam bidang seni. Bagi lulusan kolej seni lukis, impian mereka adalah agar karya mereka disukai ramai dan laris dijual. Namun pada hakikatnya persaingan dalam bidang seni lukis adalah sengit.
Sebenarnya kalau berbanding dengan dahulu, pasaran seni lukis adalah makmur sekarang ini dan keadaan amat sesuai bagi kemajuan bidang seni lukis.
Daerah Seni 798 (Dashanzi Art District, DAD) dianggap tempat pengumpulan seni moden di Beijing. Ramai seniman muda berkumpul di sana dan membuka galeri masing-masing.
Walaupun sekarang ini bidang seni lukis sudah semakin komersil, namun tidak boleh dinafikan, seni termasuklah lukisan penting dalam kehidupan kita kerana seni adalah santapan minda.
Melukis dalam bahasa Mandarin ialah "hui hua", ataupun "hua hua". Jadi, kalau kita mahu berkata "saya suka melukis", bolehlah berkata "wo xi huan hui hua" atau "wo xi huan hua hua". Lukisan pula "hua" dalam bahasa Mandarin.
Adakah anda berminat melukis, tidak kiralah sama ada pandai ataupun tidak? Adakah anda gemar menikmati lukisan-lukisan di muzium atau galeri? Pada pandangan anda, apa peranan sebenar seni lukis dalam kehidupan harian kita?
Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan "Salam" 29 Julai nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.