Cari:
Farah: Hari Raya Masa Untuk Bersama-sama Saudara
2011-08-30 16:29:17 CRI Cetak

Ramai yang akan mengambil kesempatan Hari Raya untuk menjalinkan semula silaturahim yang sudah terputus atau terus memperat yang sudahpun sedia rapat. Lafaz maaf zahir dan batin tidak putus-putus diucap pada hari yang mulia ini dan ramai yang berjabat tangan dengan mesra sambil mengucapkan kesyukuran kerana berjaya menunaikan fardu puasa.


ke masjid pada pagi raya

Kegembiraan hari kemenangan itu patut dikongsi bersama-sama saudara. "Bersama-sama saudara" itu ada banyak ertinya. Ada orang yang akan mengambil maksud Hari Raya itu masa untuk kita berjumpa dan menghabiskan masa bersama-sama sanak saudara. Jadi yang jauh akan pulang ke kampung halaman dan yang tidak dapat pulang pula akan menelefon. Atau di zaman serba moden ini, akan bersua melalui internet. Memang begitulah pun yang seharusnya kita lakukan.


kaum wanita juga meramaikan masjid

Tetapi jangan pula lupa,semua umat Islamkan bersaudara? Jadi selain saudara sedarah sedaging, ada saudara-saudaralain yang tak boleh kita lupai.

Demi "bersama-sama saudara", pada malam sebelum Hari Raya, lelaki dan wanita, tua dan muda, semuanya berkumpul di masjid untuk bersolat Isyak berjemaah dan bersama-sama bertakbir. Kami sekeluarga juga ikut serta. Setelah selesai acara di masjid, jemaah berbahagi-bahagi mengikut kumpulan yang kemudiannya akan bertakbir pula dari rumah ke rumah. Memang sudah menjadi kelaziman tuan rumah menyediakan sedikit juadah ringan untuk dijamu kepada rombongan yang datang. Selesai bertakbir dan menjamah sedikit juadah yang disediakan, kumpulan takbir pun berangkatlah ke rumah yang berikutnya. Begitulah seterusnya sehingga habis rumah-rumah dilawati.


bertakbir di masjid pada malam sebelum hari raya

Keesokan paginya, seperti umat Islam yang lain, setelah berhias-hias dan mengenakan pakaian serba baru dan makan sedikit,kami sekelaurga ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Pada masa inilah masjid akan paling penuh kerana setiap orang seboleh-bolehnya tidak mahu ketinggalan. Solat sunat Aidilfitri diikuti oleh khutbah, atau ceramah agama untuk memupuk akhlak yang baik di kalangan jemaah. Setelah bersalam-salaman, kami pun mulalah ziarah-menziarahi saudara, sama ada saudara seagama ataupun kaum keluarga.


rombongan takbir dijamu oleh tuan rumah

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China