Cari:
Tahu Tak: Peribahasa "Bei Gong She Ying" (Bayang Busur dalam Cawan Arak Disangka Ular)
2011-09-07 09:44:11 CRI Cetak

Pada keesokan harinya, Le Guang menjemput lagi kawannya itu ke rumahnya untuk makan malam, dan memintanya duduk di tempat duduk yang sama. Melihat kawannya itu seolah-olah sangat bimbang sehingga tangannya menggeletar dan keringat mengalir dari dahinya, Le Guang menudingkan jarinya ke arah busur yang tergantung pada dinding ruang tamu itu, sambil berkata, "cubalah awak lihat, mana ada ular di dalam cawan arak ini. Ia adalah bayang-bayang busur pada dinding itu sahaja."

Sebaik sahaja habis bercakap, Le Guang pun menurunkan busur itu dari dinding dewan tersebut, dan "ular" yang dilihat oleh kawannya dalam cawan arak itu benar-benar telah hilang.

Setelah diketahui hakikat ini, kawan Le Guang berasa lega, dan dengan segeranya sembuh dari "penyakitnya yang teruk" itu.

Peribahasa Bei Gong She Ying ini mempersendakan seseorang yang bergelut dengan kebimbangan atau ketakutan yang dibayang-bayangkannya sehingga kesihatan mentalnya terganggu.

Berdasarkan pengalaman kawan Le Guang itu, jelas bahawa penyiasatan dan penyelidikan itulah satu-satunya pendekatan untuk menyelesaikan segala masalah.

Pernahkah saudara mendengar atau membaca cerita yang memberikan pengajaran yang serupa ini? Jika ada, jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami di ruangan "Salam" pada 23 September nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam email, surat atau mesej anda.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China