Cari:
Tahu Tak: Peribahasa "Bei Gong She Ying" (Bayang Busur dalam Cawan Arak Disangka Ular)
2011-09-07 09:44:11 CRI Cetak

"Bei Gong She Ying": Bayang Busur dalam Cawan Arak Disangka Ular.

Peribahasa ini berasal dari sebuah cerita lama China. Le Guang ialah ketua Kaunti Henan pada zaman Dinasti Jin. Dia mempunyai seorang kawan yang sangat rapat dengannya. Ketika kawannya itu sudah terlalu lama tidak datang menziarahinya, dia berasa sangat hairan, lalu dia pergi bertanyakan khabar kawannya itu. Kawannya menjawab: "Ketika saya dijemput ke rumah awak beberapa hari yang lalu, saya telah dijamu dengan makanan dan minuman yang sedap-sedap. Bagaimanapun, sebaik sahaja saya hendak minum, saya ternampak seekor ular di dalam cawan saya. Perkara ini membuatkan saya tidak sedap hati, sehingga saya jatuh sakit sebaik tiba di rumah."

Mendengar penjelasan kawannya itu, Le Guang semakin hairan. Tiba-tiba, dia teringat akan sebuah busur bercat yang tergantung pada dinding ruang tamu di rumahnya. Bentuknya mirip seekor ular. "Ular" yang disebut oleh kawannya itu pastilah bayang-bayang busur itu.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China