Nanning memanglah sepadan dengan reputasinya sebagai "bandar ASEAN" sebab ciri-ciri negara anggota ASEAN agak mudah didapati di bandar ini. Disebabkan Ekspo China-ASEAN yang akan diadakan pada 21 hingga 26 Oktober nanti, Nanning dah dihiaskan dengan bunga yang cantik-cantik serta pelbagai patung hiasan yang menarik. Nampaknya penduduk tempatan dah tak sabar lagi dengan perasmian Ekspo China-ASEAN sebab bagi mereka ekspo ini bukanlah ekspo sahaja, tapi peluang keemasan untuk buka mata dan untuk bersuka ria.