Salam sejahtera, kak Melur dan kak Farah.
Hebat betul kak Melur dan Farah kerana rajin bekerja untuk tiga ruangan seminggu. Saya tidak dapat mendengar radio CRI tapi bernasib baik saya boleh membuka lawan ini dan mendengar rancangan melalui "dengar dalam talian".
Kalau saya, saya bersetuju dengan tajuk "tahu tak peribahasa Shu Neng Sheng Qiao", latihan hasilkan kecekapan. Saya bangsa Melayu di Indonesia, bahasa Melayu bahasa ibunda saya, jadi saya boleh bertutur bahasa ini dengan fasih, tapi bagi mereka yang bukan bangsa Melayu tapi belajar bahasa ini dan mampu bercakap dengan baik, saya berasa kagum dan bangga.
Kak Melur,dan semua staf seksyen bahasa Melayu CRI mesti berlatih bercakap bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh, betul tak? Jadi tidak hairan, kak semua boleh bercakap bahasa Melayu dengan cukup fasih. Begitu juga dalam bidang-bidang lain, sekiranya kta bersungguh-sungguh belajar dan berlatih, tentulah akan terus maju jaya.
Salam diucapkan kepada kak Melur dan farah,
Firdaus Abu Sangaji, Indonesia