Cuaca di Beijing sudah beransur-ansur sejuk. Tak lama lagi musim sejuk akan tiba. Kalau sudah betul-betul sejuk nanti, baju bulu biri-biri satu kemestian.
Walaupun sedap memakainya, menjaganya leceh sikit sebab baju bulu begini terlalu suka mengumpul bulu dan kotor-kotoran. Baju-baju lama walaupun masih elok, tetap nampak lusuh dan kotor disebabkan masalah inilah.

(Baju bulu sebelum diketam. Banyak serabut dan kotoran yang melekat)
Penyelesaiannya? Bagi yang mampu, setiap musim sejuk belilah baju bulu yang baru! Tapi bagi saya, itu membazir nama. Kebanyakan baju bulu boleh tahan lebih dari satu musim. Yang berkualiti sebenarnya boleh tahan bertahun-tahun. Jadi demi berjimat cermat saya belilah mesin 'ketam' supaya dapat saya 'ketam'kan bulu-bulu dan serabut pada baju-baju bulu lama.

(Bahagian yang sama selepas diketam. Nah, nampak betul bersihnya)
Mengetam bulu pada baju bulu biri-biri ini satu aktiviti yang tak pernah saya lakukan seumur hidup. Yalahkan, di Malaysia tak perlu baju bulu, jadi tak pernah timbul masalah ini! Mengetam makan sedikit masa, lagi-lagi bagi orang yang tak pernah mengetam sebelum ini, tapi hasilnya cukup memuaskan. Memang berbaloilah beli mesin 'ketam' ini!

(Mesin ketam yang dibeli dari laman web. Lihatlah hasilnya!)








