"Kembara Masa" satu topik yang tidak jemu-jemu menjadi sumber ilham para penulis dan sasterawan. Demi memenuhi hasrat kita yang hendak kembali ke masa lalu ataupun pergi ke masa depan, imaginasi kita hidup.
Baru-baru ini, beberapa drama TV bersiri menjadi amat hangat. Tema utama drama-drama tersebut tidak lari daripada kembara masa, tetapi kebanyakan wataknya bukan pergi ke masa depan, sebaliknya kembali ke masa silam. Dua drama TV bersiri yang watak utamanya kembali ke zaman Dinasti Qing (iaitu tahun 1616 hingga 1911 Masihi) antara drama bertemakan kembara masa yang mendapat sambutan terhangat para penonton sehingga lahirnya satu frasa baru, iaitu Chuan Yue Ju. Frasa ini merujuk kepada drama TV yang bertemakan kembara masa, lebih-lebih lagi kembara ke zaman silam.