Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Kembara Masa"
2011-12-20 15:43:10 CRI Cetak

Sekiranya orang zaman moden kembali ke zaman dahulukala, tentulah cukup hebat sebab mempunyai alat-alatan yang belum pernah dilihat oleh orang zaman dahulukala. Mereka juga kelihatan seperti berupaya meramal masa depan kerana tahu akan perkara-perkara yang akan berlaku. Tidak hairanlah kenapa watak utama dalam drama yang kembali ke masa lalu dikagumi dan dipandang seperti ahli sihir yang hebat.

Berdasarkan taraf sains dan teknologi manusia kini, kita masih belum mampu mengembara masa, namun kita tetap tidak berhenti-henti mengimpikannya. Kenapa kita begitu berhasrat untuk kembara masa? Kalau suatu hari nanti kita dapat kembali ke zaman lampau, mana zaman yang ingin anda pergi? Apa sebabnya?

Tajuk ini akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 4 Januari 2012. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam emel, surat atau mesej anda.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China