Cari:
Noriani:Tahun Baru Cina ....Kukuhkan Tradisi Bersama keluarga.
2012-01-23 15:44:48 CRI Cetak

Semalam pergi ke Silk Street. Niat dihati hendak membeli belah. Tapi hampa kerana ditutup. Ramai juga pelancong asing yang kecewa. Bayangkan berbilion USD yang hilang dalam sehari apabila pusat tumpuan pelancong itu ditutup. Ini termasuklah dari seorang pembeli dari Malaysia yang dah simpan niat nak berbelanja sakan di situ.

Gambar: TBC waktu keluarga berkumpul

Begitulah tradisi menyambut Tahun Baharu Cina di sini. Faktor ekonomi bukan kuasa semasa TBC sebaliknya ikatan kekeluargaan paling dihargai. senario yang sama di seluruh China yang dihuni 1.3 bilion rakyatnya. Begitu senyap dan sunyi. Ramai dah balik kampung. Lebih 3.2 bilion yang akan bertali arus pergi dan balik sepanjang tempoh cuti yang diisytihar seminggu di sini.

Salji tebal tidak Halang orang Cina balik kampung

Di Beijing, jalan raya tidak sesak lagi seperti sebelum ini. Tapi yang paling sibuk, keretapi bawah tanah yang dihuni oleh masyarakat yang berasal di sini dan warga asing seperti saya yang seperti cacing kepanasan kerana mati akal hendak ke mana.

Alamatnya, lebih baik ke pejabat. Mengikut rakan sepejabat, Azmi, lebih baik bekerja daripada berjalan. Lebih-lebih lagi menuju ke pusat tumpuan pelancong semuanya sesak dan makanan pun berkali-kali ganda mahalnya.

Gong He Xin Xi, Cun Jie Kuai Le, Gua Nian Hao!

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China