Cari:
Noriani: Di bawah naungan Si Naga.....
2012-01-24 16:59:37 CRI Cetak

Minggu Emas sempena TBC sudah bermula. Maknanya waktu cuti selama 7 hari sempena Tahun Baharu Cina.

Tahun ini agak istimewa kerana Tahun Naga. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, Naga melambangkan kekuatan dan tuah khususnya mengawal air, hujan dan banjir. Dalam istilah Yin dan Yang, naga adalah Yang (jantan) yang melengkapi fenghuang (phoenix cina) yang bersifat yin (betina).

Banyak juga simpulan bahasa Cina yang menyentuh naga, misalnya 'harapkan anak menjadi naga" maksudnya supaya cemerlang dalam hidup,seperti (望子成龍). Begitulah harapan kita agar tahun ini akan menjadi lebih aman lagi. Berita yang terlalu banyak mengenai konflik, bencana begitu merimaskan jiwa.

Di kedai emas di Beijing ini, tidak ramai pula yang membeli barangan berbentuk Naga. Kalau di Kelantan, gelang emas Naga menjadi pilihan kerana nampak gah kepada sipemakai.

Lambang 'Naga' dimerata-rata.

Kalau di Malaysia, sambutan Tahun Baru Cina tidak lengkap jika wanita dari kaum cina tidak mengenakan baju cheongsam atau di sini disebut Qipao. Kata rakan sepejabat, pakaian itu khususnya untuk menghadiri majlis perkahwinan sahaja. Tidak lagi dipakai di Tahun Baharu Cina. Lagipun pakaian itu nipis dan tidak sesuai dengan musim sejuk sekarang yang dibawah 9 darjah Celsius. Dan seperkara lagi, mereka yang berbadan cantik saja layak memakainya. Nampak gaya, terpaksa simpanlah cheongsam yang baharu dibeli. Alahai... tak dapatlah bergaya sakan bidan badan dah tunjuk "kemewahan hidup".

Sayang sekali, kerana budaya pemakaian baju Cheongsam tidak lagi menjadi pakaian rasmi bagi TBC seperti di Malaysia. Sebelum luput ditelan zaman, mungkin pereka fesyen di sini perlu mencari idea mencipta pakaian Cheongsam khusus untuk musim sejuk.

( Pelbagai fesyen Cheongsam masa kini.)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China