Cari:
Larangan dalam Kereta Api Bawah Tanah di Pelbagai Negara
2012-03-20 08:43:40 CRI Cetak

Pertikaian hangat tentang persoalan makan minum dalam kereta api bawah tanah di Hong Kong menarik perhatian ramai. Sebenarnya pelbagai larangan yang berlainan dilaksanakan dalam kereta api bawah tanah di pelbagai bandar di seluruh dunia. Larangan yang seumpama sudah menjadi rutin yang diterima pakai di kebanyakan bandar lain. Pada hakikatnya terdapat banyak larangan atau peraturan yang lain yang lebih ketat dan unik di pelbagai negara.

Tujuan pelaksanaan larangan makan minum dalam kereta api bawah tanah iaitu untuk mengekalkan kebersihan dalam gerabak bagi mengelakkan gangguan terhadap operasi kereta api bawah tanah sebenarnya kurang meyakinkan. Menurut jurutera kereta api bawah tanah Hong Kong, tikus yang tertarik oleh bahan makanan akan menjejaskan bekalan elektrik dalam kereta api bawah tanah sehingga mengancam keselamatan operasinya. Namun, berbanding kereta api biasa, kaedah operasi kedua-dua jenis kereta api tiada perbezaan yang intipati, maka faktor tersebut kurang meyakinkan.

Ruangan dalam gerabak kereta api bawah tanah terhad dan penumpangnya ramai, jadi ada juga yang berpendapat bahawa bau makanan dan minuman akan mengganggu penumpang lain. Sekiranya makanan dan minuman tertumpah di dalam gerabak, ini juga akan menimbulkan masalah kepada para penumpangnya.

Namun, larangan makan minum dalam kereta api bawah tanah di kebanyakan negara hanyalah pada peringkat adab atau moral. Para penumpang dinasihatkan supaya jangan makan dan minum dalam kereta api bawah tanah, tetapi belum ada paksaan.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China