Cari:
Larangan dalam Kereta Api Bawah Tanah di Pelbagai Negara
2012-03-20 08:43:40 CRI Cetak

Kereta api bawah tanah di London, Britain sudah bersejarah lebih kurang 139 tahun, namun tidak banyak sekatan selain larangan merokok. Pada tahun 2008, Datuk Bandar London yang baru mengeluarkan perintah larangan minum arak dalam sistem lalu lintas awam di London.

Di New York, A.S., memakan makanan ringan seperti bertih jagung dan makanan segera seperti McDonald boleh dilihat dalam kereta api bawah tanah. Kebanyakannya golongan yang perlu curi-curi makan dalam perjalanan ke tempat kerja.

Selain larangan makan minum, terdapat pelbagai larangan yang menarik dilaksanakan di pelbagai tempat di seluruh dunia. Penumpang dilarang duduk bersilang kaki di dalam kereta api bawah tanah di Seoul, Republik Korea, manakala berpelukan dan bercumbu-cumbuan dilarang di dalam keretapi bawah tanah di Moscow, Rusia.

Kereta api bawah tanah berfungsi sebagai kenderaan awam yang penting. Bagaimana mengekalkan kebersihan dan keselamatannya, bagaimana menjamin keselesaan penumpang dan hak peribadi tidak dicabuli ketika menaiki keretapi bawah tanah? Mungkin kedua-dua aspek tersebut bergantung pada larangan atau peraturan yang dilaksanakan oleh setiap bandar berdasarkan keadaan tersendiri.

Bagaimana keadaannya di tempat anda sendiri? Tajuk ini akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 28 Mac 2012. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam emel, surat atau mesej anda.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China