Cari:
Bagaimana Penyakit Melankolia Meragut Nyawa Kita?
2012-04-17 09:42:00 CRI Cetak

Baru-baru ini, pengguna internet yang nama samarannya "Zou Fan" meninggalkan satu mesej dalam blog mikronya di Sina. Katanya, "Saya berasa melankoli dan ingin mati. Tiada apa-apa sebab yang penting, saudara semua tidak perlu merisaui kematian saya. Bye bye!" Mesej tersebut diterbitkan pada 18 Mac lalu, manakala pada keesokan harinya, gadis yang nama samarannya "Zou Fan" tersebut sudah disahkan meninggal dunia oleh pihak polis Jiangning, bandar Nanjing, provinsi Jiangsu. Tragedi ini menyeru masyarakat agar merenungi istilah yang sebenarnya cukup kerap disebut tetapi kurang difahami orang ramai, iaitu "penyakit melankolia".

Penyakit melankolia dijelaskan sebagai sejenis penyakit mental yang ditandai oleh keadaan murung atau rasa sedih yang amat sangat dan berpanjangan. Setelah membaca kandungan blog mikro "Zou Fan", gadis tersebut berkemungkinan besar menghidap penyakit melankolia. Namun, mengapa gadis yang begitu muda dan berpotensi ini boleh menghidap penyakit melankolia, dan bagaimana penyakit melankolia meragut nyawa kita? Soalan-soalan tersebut dipercayai sering bermain di fikiran ramai orang.

Pada suatu masa dahulu, penyakit melankolia sering dianggap masalah mental yang melibatkan mood sahaja. Sebenarnya pesakit melankolia bukan seperti yang digambarkan, iaitu orang yang terlalu sensitif atau lemah semangat. Menurut hasil kaji saintifik dan teori perubatan moden, penyakit melankolia berpunca daripada kekurangan 5-hydroxytryptamine (5-HT), norepinephrine (NE) atau dopamine (DA) dalam kepala manusia.

Menurut statistik, 45-70% daripada jumlah keseluruhan orang yang membunuh diri di seluruh dunia adalah mangsa pesakit melankolia. Selain itu, penyakit melankolia menjejaskan kehidupan 5.8% populasi lelaki dan 9.5% populasi wanita di seluruh dunia. Pesakit melankolia sering memikirkan tentang kematian dan mudah timbul niat untuk membunuh diri. Mereka bukan sengaja memilih untuk berbuat demikian, sebaliknya menghadapi kesukaran mengawal diri.

Bagaimana kita membantu penghidap penyakit melankolia untuk menjauhkan diri daripada niat membunuh diri dan mengurangkan gangguan penyakit melankolia dengan sebanyak mungkin? Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 25 April 2012. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China