Cari:
Jom Main Mahjong!
2012-04-24 12:35:30 CRI Cetak

Mahjong ialah sejenis permainan yang dimainkan oleh empat orang pemain. Permainan ini menggunakan kepingan kad atau plastik tebal yang berbentuk segi empat bujur. Bilangan buah mahjong yang digunakan adalah sebanyak 108 biji, dan secara amnya dibahagikan kepada 3 jenis iaitu "Bing", "Tiao" dan "Wan". Terdapat 4 set bagi setiap jenis, dengan bunga yang serupa dan bernombor dari satu hingga sembilan. Selain itu, terdapat 36 lagi buah tambahan dan gantian. Ini menjadikan jumlah keseluruhan buah mahjong 144 biji.

Menurut "Catatan Sejarah", iaitu buku sejarah China yang pertama, permainan jenis ini muncul di China sebelum zaman Dinasti Shang lagi, iaitu kira-kira 1600 tahun sebelum Masihi.

Dunia Barat mula mengenali mahjong pada tahun 1920-an berkat seorang peniaga dari A.S., Joseph Babu Hancock. Sejak itu mahjong semakin popular.

Kejuaraan Mahjong Amerika Utara Pertama telah diadakan pada penghujung tahun lalu anjuran Persatuan Mahjong A.S. yang ditubuhkan pada tahun 1999. Lebih 200 orang pemain telah menyertai pertandingan tersebut untuk merebut wang tunai sebanyak USD2,500. Bagi mereka yang sudah biasa bermain mahjong melalui internet, bermain mahjong dengan pemain sebenar merupakan pengalaman baharu yang cukup unik.

Di negara-negara Eropah pula, permainan China yang dianggap "kuno" ini juga mendapat sambutan hangat. Menurut Ketua Pengarah Persatuan Mahjong Eropah, Tina Christensen, mahjong cukup popular di Eropah sehingga dapat menarik lebih daripada 500 orang pemain untuk menyertai Pertandingan Mahjong Eropah yang diadakan setiap tahun.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China