Daya tarikan mahjong bukan sahaja sifatnya yang memaksa para pemain untuk memerah otak, malah juga merupakan suatu aktiviti sosial yang mampu merapatkan perhubungan. Namun, adakalanya mahjong disalahgunakan untuk berjudi. Ini telah memberikan gelaran negatif, iaitu "salah satu asal-usul dosa manusia" kepada permainan ini.
Sebenarnya, mahjong tidak patut dikaitkan dengan perjudian. Jabatan Pentadbiran Am Sukan Nasional China telah memberi mandat kepada Pusat Panduan Sukan Sosial untuk menjalankan kaji selidik tentang mahjong. Kajian selama lebih dua tahun tersebut merangkumi keadaan terkini, sejarah, dan falsafah mahjong. Pegawai-pegawai khas yang dilantik telah mengadakan seminar tentang teori mahjong, pertandingan mahjong dan tinjauan sampel berulang kali. Dapatan kajian membuktikan bahawa permainan mahjong ini boleh wujud dan dikembangkan sebagai acara pertandingan sukan yang sihat dan bertamadun.
Topik tentang "Mahjong" akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 2 Mei 2012. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut.