Cari:
Turunkan Tandatangan Atau Periksa Barang-Barang? Mana Dahulu?
2012-05-15 17:28:03 CRI Cetak

Ekoran penguatkuasaan peraturan perkhidmatan penghantaran pada 1 Mei lalu, kelaziman kebanyakan syarikat penghantaran di China, iaitu meminta pelanggan menurunkan tandatangan terlebih dahulu sebelum memeriksa barang-barang dijangka akan berakhir.

Peranan perkhidmatan penghantaran dalam kehidupan harian penduduk bandar semakin besar kerana ia memudahkan para pengguna membeli-belah melalui internet, lebih-lebih lagi bagi barang-barang di tempat yang jauh. Dengan perkhidmatan membeli-belah melalui internet, para pengguna tidak perlu lagi khusus meluangkan masa untuk pergi membeli-belah di pusat beli-belah dan tidak terhad untuk memilih barang-barang di satu bandar sahaja. Setelah membeli, barang-barang pembelian akan segera dihantar oleh syarikat penghantaran ke alamat yang ditetapkan.

Di sebalik kemudahan ini, terdapat pula masalah-masalah yang sudah lama merisaukan para pengguna. Antaranya, kehilangan atau kerosakan barang belian, atau pun barang yang dihantar tidak sama dengan apa yang dilihat di laman web. Oleh sebab itu, pertikaian antara penjual, syarikat penghantaran dan pembeli sering berlaku sehingga reputasi sektor penghantaran menghadapi cabaran besar. Sebenarnya pertikaian tersebut berpunca daripada amalan kebanyakan syarikat penghantaran di China, iaitu "menurunkan tandatangan dahulu, memeriksa barang-barang kemudian".


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China