Cari:
Tahu Tak Peribahasa China: Gua Tian Li Xia
2012-05-31 08:30:23 CRI Cetak

Peribahasa "Gua Tian Li Xia", singkatan kepada ungkapan "Gua Tian Bu Na Lu, Li Xia Bu Zheng Guan" ini, membawa erti, ketika lalu di ladang tembikai, janganlah mencangkung untuk membetulkan kasut, untuk mengelak daripada disyaki sedang mencuri tembikai, manakala apabila berada di bawah pokok plum pula, janganlah mengangkat tangan untuk membetulkan topi, untuk mengelak daripada disyaki sedang memetik buah plum. Peribahasa ini selalu digunakan untuk mempersendakan tindakan yang mudah menimbulkan kecurigaan orang lain.

 

Gua Tian Li Xia: Jangan Betulkan Kasutmu di Ladang Tembikai; Jangan Betulkan Topimu di Bawah Pokok Plum

Pernahkah saudara mendengar atau membaca cerita yang memberikan pengajaran yang serupa ini? Jika ada, jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam" pada 15 Jun 2012 nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam emel, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China