Cari:
Jangan Ketinggalan Kempen "Green Consumption"
2012-06-05 12:06:34 CRI Cetak

Warna hijau sentiasa dikaitkan dengan makna yang cukup baik seperti sihat, segar, semangat dan penuh harapan. Di arena antarabangsa, istilah 'hijau' sendiri dikaitkan dengan nyawa, jimat tenaga dan mesra alam. Tema Hari Alam Sekitar Sedunia 5 Jun ini ialah "Green Economy: Does it include you?", manakala "Green Consumption" ditetapkan sebagai tema sambutan Hari tersebut di Tanah Besar China.

Apa yang boleh dikatakan "Green Cosumption" atau dalam bahasa Melayu, "penggunaan hijau"? Menaiki bas awam atau keretapi bawah tanah? Memakai baju kapas? Memakan sayur-sayuran organik?

"Penggunaan hijau" yang juga dikenali sebagai "penggunaan mampan" merujuk kepada gaya penggunaan sederhana yang terkawal. Ia bukan sahaja merangkumi pembelian dan penggunaan produk-produk mesra alam, malah juga penggalakan pengitaran semula barang-barang terpakai, penggunaan sumber yang lebih efisien, dan perlindungan alam sekitar serta hidupan lain di dunia.

Pada tahun 1980-an, "kempen pengguna hijau" diadakan secara besar-besaran di Britain sehingga melibatkan A.S. dan pelbagai negara Eropah. Tujuan utama kempen tersebut adalah untuk menyeru para pengguna membeli produk yang mesra alam di samping mendorong pihak pengeluar menghasilkan produk yang lebih bermanfaat bagi alam sekitar.

Sekiranya konsep mesra alam boleh dijadikan prinsip membeli-belah kita, dunia kita dijangka akan menjadi lebih sihat dan selamat. Antara saranan kepada para pengguna: belilah barang-barang terpakai atau yang boleh dikitar semula dan belilah secara pukal bagi mengurangkan bungkusan. Selain itu, kurangkan membeli produk pakai buang; gunalah bateri yang boleh dicaj semula; beli peralatan rumah yang lebih menjimat tenaga dan gantikan racun serangga kimia dengan produk yang lebih semula jadi.

Apakah cara anda untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih "hijau"? Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 13 Jun 2012 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China