Cari:
Cuba "Rasa" China Dengan Lidah
2012-06-12 14:35:14 CRI Cetak

"A Bite of China", sebuah dokumentari TV yang disiarkan di Chanel 1 Televisyen Pusat China (CCTV) baru-baru ini mendapat sambutan luar sangkaan, sehinggakan generasi yang lahir pada tahun 80-an dan 90-an yang biasanya lebih tertarik oleh komputer dapat ditarik semula ke kaca televisyen. Musim pertama "A Bite of China" terdiri daripada tujuh episod, dan dijangka akan terus diikuti oleh musim yang baharu. Berbeza dengan dokumentari masakan lain yang menumpu pada bakat tukang masak, program TV ini pula menceritakan asal-usul dan proses perubahan sesuatu masakan, bahan-bahan masakan, serta perbezaan antara pelbagai makanan di seluruh China, dan dipersembahkan dengan muzik latar dan teknik penggambaran yang sungguh teliti dan mempesonakan.

Komen-komen daripada para penonton cukup warna-warni dan tinggi.

"Saya baru sedar orang China begitu pandai memasak dan menikmati makanan";

"Saya sungguh kagum bahan yang biasa dilihat di mana-mana boleh dimasak menjadi masakan yang begitu enak dan menarik dipandang";

"Program ini buat saya teringat masakan ibu saya";

"Budaya makanan China berbaloi diperkenalkan kepada seluruh dunia";

"Bermula hari ini saya akan belajar memasak masakan menurut resipi dalam program ini"….

Menurut ketua pengarah program TV ini, Chen Xiaoqing, "saya membuat dokumentari ini dengan penuh penghormatan dan penghargaan terhadap makanan".

Sambutan terhadap "A Bite of China" bukan sekadar ini sahaja, penjualan bahan-bahan makanan juga meningkat ekoran penyiaran dokumentari tersebut. Ramai penonton "tergila-gila" mencari bahan makanan untuk cuba masak sendiri. Menurut statistik daripada laman web Taobao, iaitu laman membeli-belah terkenal di tanah besar China, dari tarikh "A Bite of China" mula disiarkan iaitu pada 14 Mei lalu, jumlah penjualan makanan istimewa yang dipaparkan dalam program TV tersebut sudah mencatat lebih kurang 5.8 juta.

Kepopularan program dokumentari mengenai makanan ini juga mencetuskan fikiran dan perbincangan masyarakat tentang pewarisan dan pembangunan budaya bangsa.

Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 20 Jun 2012 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China