Peribahasa "Ke Zhou Qiu Jian" ini digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang mempunyai pemikiran yang dangkal, sempit dan ketinggalan jika dilihat dari realiti semasa. Orang atau golongan ini masih berpegang kuat kepada rutin-rutin yang lama, dan tidak tahu menyesuaikan diri dengan situasi yang berubah-ubah ketika menguruskan sesuatu hal.
Peribahasa China "Ke Zhou Qiu Jian": Sisi Perahu Untuk Cari Pedang Yang Jatuh ke Sungai
Pernahkah saudara mendengar atau membaca cerita yang memberikan pengajaran yang serupa ini? Jika ada, jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam" pada 17 Ogos 2012 nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam emel, surat atau mesej anda.