Cari:
Kembara Sutera yang Menarik Hati
2012-08-14 16:04:20 CRI Cetak
Salam sejahtera buat semua warga Bahagian Bahasa Melayu CRI dan juga petugas majalah Kembara Sutera.

Saya dan rakan-rakan yang lain sangat teruja ketika sesi lawatan kami ke Bahagian Bahasa Melayu CRI pada 20 Julai yang lalu. Kami kagum dengan usaha kalian dalam memperkasa Bahasa Melayu di samping memperluas lagi liputan CRI ke seluruh dunia. Layanan daripada kalian yang sangat mesra pasti akan terus terpahat di hati saya dan rakan.

Majalah Kembara Sutera: Kota Larangan Beijing yang saya beli sebagai sisipan di dalam Majalah Libur (Edisi Julai 2012) lalu telah membantu saya dalam memberi panduan dan gambaran awal mengenai Beijing. Kebetulan, saya dan rakan akan mengikuti satu lawatan akademik ke Beijing sambil jalan-jalan di sana.

Majalah tersebut saya bawa bersama sepanjang lawatan itu termasuklah ketika sesi lawatan ke Bahagian Bahasa Melayu CRI. Saya jujurnya tidak mengetahui kewujudan majalah Kembara Sutera yang dikhabarkan sebelum ini dalam bentuk e-majalah, sehinggalah lawatan saya ke Bahagian Bahasa Melayu CRI. Saya berasa sangat bertuah telah membawa majalah tersebut untuk tatapan warga Bahagian Bahasa Melayu CRI.

Melalui majalah tersebut saya dapat mengetahui lebih dalam lagi tentang China khususnya Beijing dan lain-lain tempat yang menarik beserta budaya masyarakatnya yang unik dan pelbagai. Sebagai contohnya ia memberi informasi mengenai Islam di China seperti jenis makanan dan sebagainya. Cara penyampaian Kembara Sutera yang lebih santai telah menarik minat saya untuk meneroka dari satu muka surat ke muka surat yang lain kerana saya lebih gemarkan penyampaian secara bersahaja dan tidak berat berbanding majalah pelancongan atau informasi yang lain. Jujur saya menyukainya. Saya amat berharap agar di masa datang CRI akan terus komited dalam menghasilkan risalah yang berguna seperti itu. Syabas dan tahniah. Walaupun ringkas tetap berinformasi dan berjaya menarik minat pembaca.

Saya berharap dapat mengikuti Kembara Sutera dalam edisi yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Nurul Afiqah Bakar

30 Julai 2012

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China