Cari:
Bye! Zaman Penggunaan "Filem"
2012-10-09 09:57:03 CRI Cetak

Akhirnya sampai masanya kita terpaksa mengucapkan "selamat tinggal" kepada zaman penggunaan filem kamera. Mungkin kita sudah menjangka kedatangan hari ini kerana perkembangan dan perubahan zaman, khususnya perkembangan pasaran digital.

Kodak, syarikat filem terkenal A.S. telah memohon perlindungan muflis pada awal tahun ini, manakala syrikat filem Fuji Jepun telah mengubahsuaikan diri ke sektor perniagaan kosmetik. Baru-baru ini, syarikat filem terkemuka China, iaitu Luckyfilm juga telah menghentikan penghasilan filem berwarna. Menurut pengumuman syarikat itu, ekoran penggunaan kamera digital yang kian pupular, keperluan terhadap filem berwarna semakin berkurangan pada tahun-tahun kebelakangan ini. Oleh itu, syarikat tersebut memutuskan untuk menghentikan pengeluaran filem berwarna dan menghabiskan stok filem berwarna.

Ada orang yang berpendapat bahawa ini menandakan zaman penggunaan filem yang pernah mengalami kecemerlangan telah berakhir.

Walaupun gambar digital memang lebih memudahkan penggunaan para pengguna, namun kualitinya masih kurang memuaskan kalau dibandingkan dengan gambar percetakan perak (silver-print photographs). Maka menurut pendapat pakar fotografi, gambar digital tidak dapat menggantikan penuh gambar percetakan perak, sebaliknya kedua-duanya berkemungkinan besar akan wujud dengan serentak pada masa depan.

Topik ini akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera yang disiarkan pada 17 Okt 2012. Saudara dialu-alukan memberikan pandangan dan komen anda, serta mengikuti ruangan tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China