Cari:
Farah: Pameran Arca Kertas dan Seni Ukiran Sayur-sayuran Ji Shengrui
2012-11-23 16:08:59 CRI Cetak

Encik Ji Shengjiu, seorang seniman arca kertas yang memegang pelbagai jawatan penting dalam bidang kesenian China termasuk pengerusi Persatuan Kesusasteraan dan Kesenian Rakyat daerah Dongcheng, Beijing telah mengadakan pameran arca kertas dan ukiran sayur-sayurannya baru-baru ini.

Saya bertuah mendapat jemputan ke pameran itu, sebab kalau tak lihat dengan mata sendiri, memang susah nak dibayangkan macam mana rupanya arca kertas dan ukiran sayur-sayuran itu.

Ketibaan kami disambut oleh encik Ji sendiri dengan penuh mesra. Nampaknya beliau sendiri sama-sama teruja atas kedatangan kami.


Encik Ji Shengjiu menyambut ketibaan kami ke pamerannya

Arca kertas ini semuanya dibuat daripada kertas putih yang tebal dan keras, dan memerlukan masa yang cukup panjang, apa lagi kesabaran. Teknik encik Ji yang biasanya dikenali sebagai seni yang "membuat kertas berdiri" memang amat halus dan teliti. Tiga perkara mesti diperhatikan; kehalusan ketukangan, keseimbangan dan tidak berwarna. Sekiranya tiga prinsip ini dipatuhi, tidak ada sebab mengapa arca ini tidak boleh dipanggil karya agung.


Arca kertas: Cukup halus pembuatannya

1 2 3 4 5 6 7
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China