Deni Malina dari Negeri Sembilan, Malaysia
"Bulan Oktober merupakan pertengahan musim luruh di negara Tembok Besar China. Udara yang nyaman dan daun-daun bertukar warna sebelum gugur menyajikan permandangan yang mengasyikan..." (petikan wacana Kembara Sutera 2012.10)
Ternyata benar kata Awan, pengalaman pertama kali berkunjung ke Tanah Besar China begitu mengujakan saya.
Persediaan untuk ke Negara Tembok Besar China termasuklah membawa wacana Kembara Sutera. Saya sangat bertuah kerana rakan sekerja telah memberikan saya wacana tersebut beberapa hari sebelum saya berangkat. Banyak tip yang boleh dikongsikan dalam kembara saya bersama kawan-kawan di negara Tembok Besar China khususnya tentang tempat-tempat menarik beserta budaya masyarakat di China. Sepanjang 5 hari kembara di Beijing, Wacana Kembara Sutera sentiasa bersama saya.
Beberapa tempat yang saya kunjungi termasuk Tembok Besar China, Summer Palace, Forbiden City dan tempat-tempat membeli belah yang terkenal di Beijing. Saya merasa saya bertuah dan seronok kerana dapat merasai sendiri pengalaman ke Beijing.
Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada sidang editor Kembara Sutera.