Cari:
Tahu Tak Peribahasa China: Zou Ji Bi Mei
2013-01-10 09:45:40 CRI Cetak

Perdana Menteri negeri Qi, iaitu Zou Ji agak tegap dan tampan. Menurut ceritanya, pada suatu pagi, setelah mengemaskan bajunya, dia mula meneliti dirinya di depan cermin, lalu bertanya kepada isterinya, "Antara saya dengan Xu Gong yang tinggal di sebelah utara, siapa yang lebih kacak?" Isterinya menjawab, "Pastilah abang lebih kacak. Rupa Xu Gong itu mana boleh bertanding dengan abang?"

Ketika mendengar jawapan isterinya itu, Zou Ji tidak berapa gembira......

......Malam itu, Zou Ji berbaring di atas katil, sambil berfikir dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, dia mula memahami mengapa semua orang yang ditanyanya memberikan jawapan yang sama, iaitu dia yang lebih tampan. Isterinya memang terlalu sayang kepadanya, gundiknya mungkin takut kepadanya, dan tetamu itu pasti mahu mendapatkan bantuan yang dikehendaki dengan mengangkat-angkatnya.

 

Zou Ji Bi Mei: Zou Ji Bandingkan Ketampanannya dengan Orang Lain

Kita diberikan pengajaran daripada peribahasa tersebut bahawa seseorang itu patut menilai dirinya dengan betul. Jangan terlalu percaya kepada cakap-cakap manis atau pujian orang lain.

Pernahkah saudara mendengar atau membaca cerita yang memberikan pengajaran yang serupa ini? Jika ada, jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam18 Januari 2013 nanti. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam emel, surat atau mesej anda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China