Cari:
"Lesen Memandu Antarabangsa" Kian Popular di China
2013-04-02 18:06:42 CRI Cetak

"Lesen Memandu Antarabangsa" atau lebih dikenali sebagai "International Driving Document" yang diberikan oleh IADC, iaitu Kelab Pemandu Automobil Antarabangsa, agensi di bawah pentadbiran langsung PBB telah timbul di bandar Beijing, Shanghai dan Chengdu. Menurut berita dilaporkan media Chengdu, seorang penduduk bandar itu telah mendapat sebuah "lesen memandu antarabangsa" dengan harga kira-kira RMB 2 ribu dari sebuah syarikat Shanghai. Menurutnya, lesen tersebut boleh digunakan di lebih 180 buah negara di seluruh dunia, namun apabila beliau cuba menggunakannya di Australia, beliau dimaklumkan ia tidak sah. Apakah itu sebenarnya "Lesen Memandu Antarabangsa"? Apakah badan atau pertubuhan yang berkelayakan dan dibenarkan memberikan lesen memandu seumpama itu?

Badan-badan pentadbiran lalu lintas China telah tegas menyatakan bahawa lesen memandu di sesebuah negara patut diberikan oleh badan lalu lintas atau agensi yang bertauliah. Oleh itu, agensi yang belum diberikan mandat oleh kerajaan tidak dibenarkan mengeluarkan lesen memandu. Pegawai dari Pasukan Polis Lalu Lintas Guangzhou ketika diwawancara mengenai isu tersebut telah menjelaskan bahawa "lesen memandu antarabangsa" sebenarnya bertujuan untuk memudahkan warga asing memandu kereta secara sementara di negara lain. Peranan utamanya ialah membuktikan kepada badan-badan pentadbiran lalu lintas negara lain bahawa pemandu itu telah mempunyai lesen memandu yang sah di negara asalnya. Selain itu, penggunaan lesen memandu tersebut perlu menurut peraturan-peraturan terkandung dalam "Konvensyen Lalu Lintas Jalan PBB". Namun, China masih belum menganggotainya. Jadi, "lesen memandu antarabangsa" di China bukan sebuah lesen memandu yang boleh digunakan sendiri, sebaliknya ia hanya dokumen penterjemahan lesen memandu penggunanya.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, keperluan warga China untuk memandu kereta di luar negara memang semakin meningkat. Oleh itu, badan pentadbiran lalu lintas China telah menyatakan walaupun China bukan anggota "Konvensyen Lalu Lintas Jalan PBB", namun lesen memandu kereta China boleh diguna pakai di banyak negara. Maka biasanya warga China boleh memohon dokumen perakuan rasmi oleh notari dan menggunakannya bersama dengan lesen memandu sendiri ketika memandu kereta di luar negara.

Topik ini akan dibualkan dalam ruangan Suara Sutera pada 10 April 2013 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China