Pengangkutan menerusi paip vakum atau "kereta api kelajuan tinggi jenis baharu"yang sedang diselidik oleh sebuah syarikat AS bakal mencapai kelajuan 6,500 kilometer sejam. Dengan kata yang lain, sistem itu boleh memendekkan masa perjalanan dari New York ke Los Angeles kepada hanya 45 minit, manakala 2 jam sahaja dari New York ke Beijing.
Elon Musk, CEO sebuah syarikat automobil AS, antara orang yang merintis usaha penyelidikan sistem tersebut. Menurut beliau, sistem itu akan dikenali sebagai cara pengangkutan ke-5 dalam sejarah manusia, selepas kapal, kereta, kereta api dan kapal terbang.
Sistem pengangkutan itu menggunakan gerabak yang panjangnya hampir 5 meter dan beratnya 183 kilogram. Gerabak itu kelihatan seolah-olah kapsul, dan boleh memuatkan antara 4 hingga 6 orang penumpang. Gerabak berkenaan kemudiannya dilancarkan dalam sebuah paip vakum tanpa sebarang geseran. Walaupun kelajuannya sangat tinggi, namun penumpang tidak akan berasa kurang selesa. Malah, tambangnya agak murah.
Sebagai projek perintis dalam sistem pengangkutan itu, Syarikat ET3 sedang membina sebuah paip vakum yang membolehkan pengangkutan berkelajuan 6,500 kilometer sejam.
Apakah pandangan saudara pendengar mengenai sistem pengangkutan itu? Apakah ia dapat diwujudkan pada masa akan datang? Jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam" pada 16 Ogos 2013 nanti. Seperti biasa, cerita menarik ini akan diikuti oleh segmen lain seperti "Minggu Ini Dalam Sejarah" dan "Tokoh Terkenal di China".