Cari:
Perdana Menteri Norway Bertugas sebagai Pemandu Teksi
2013-08-16 11:24:23 CRI Cetak

Orang yang memandu teksi tidak semestinya pemandu teksi. Pada bulan Jun lalu, Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg telah menyamarkan diri sebagai pemandu teksi dengan memakai uniform dan kaca mata hitam. Beliau memandu sebuah kereta teksi di jalan raya bandar Oslo, malah menyediakan perkhidmatan kepada mereka yang ingin menaiki teksi.

Menurut Jens Stoltenberg, beliau berbuat demikian kerana ingin mendapat pengetahuan tentang suara rakyat dan cadangan mereka kepada kerajaan.

Jens Stoltenberg sudah 8 tahun tidak memandu kereta, maka memang bukan senang bagi beliau bertugas sebagai pemandu teksi. Malah, terdapat penumpang yang merasa takut dengan kemahiran "pemandu teksi itu".

Apakah pandangan saudara pendengar mengenai perbuatan Perdana Menteri Norway itu? Apakah ini tindakan yang bijak bagi mendengar suara rakyat? Jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam" pada 23 Ogos 2013 nanti. Seperti biasa, cerita menarik ini akan diikuti oleh segmen lain seperti "Minggu Ini Dalam Sejarah" dan "Tokoh Terkenal di China".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China