Cari:
Salam:"Menempah" Bayi yang Dikehendaki
2013-08-29 11:31:42 CRI Cetak

Coon Levy, seorang bayi warga AS merupakan bayi pertama di dunia yang dilahirkan melalui teknologi tiub dan pemilihan gen. Apabila masih berada pada peringkat sel embrio, Levy telah dipilih antara beberapa sel embrion yang lain kerana mempunyai gen-gen yang lebih unggul. Teknologi itu dianggap boleh membantu melahirkan seorang anak yang "serba sihat dan cerdik", sekali gus membolehkan "menempah" bayi yang mereka kehendaki.

Walaupun teknologi gen itu boleh mengelakkan bayi daripada menghidap beberapa jenis penyakit serius pada masa akan datang, namun tetap menimbulkan kebimbangan masyarakat, khususnya semangat sama rata yang dijunjung oleh semua manusia. Ini kerana teknologi tiub dan pemilihan gen bagi melahirkan anak itu memerlukan belanja yang besar, dan sukar ditanggung oleh mereka yang berpendapatan rendah. Menurut penganalisis, teknologi itu mungkin akan mewujudkan dua golongan dalam masyarakat manusia, iaitu orang yang dilahirkan melalui teknologi gen dan orang yang dilahirkan melalui kaedah biasa, sekali gus menimbulkan masalah diskriminasi dan menjejaskan prinsip sama rata dalam masyarakat.

Apakah pandangan saudara pendengar mengenai bayi yang dilahirkan melalui teknologi gen? Jangan malu-malu untuk berkongsi dengan kami dalam ruangan "Salam" pada 6 September 2013 nanti. Seperti biasa, cerita menarik ini akan diikuti oleh segmen lain seperti "Minggu Ini Dalam Sejarah" dan "Tokoh Terkenal di China".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China