Cari:
Datong, Aku Datang – Groto Yungang
2014-06-12 17:39:10 CRI Cetak

Hajat ke Datong sudah lama terpendam. Tapi tiada teman sekepala maka hasrat itu tersimpan kemas di kalbu. Apa yang ada di Datong, bandar di utara provinsi Shanxi yang bersempadan dengan Mongolia Dalam di utaranya dan provinsi Hebei di timurnya ini? Datong dengan keluasan 14176 km persegi ini merupakan bandar raya kedua terbesar di provinsi Shanxi. Datong yang memiliki 2.99 juta orang penduduk ini meliputi empat daerah dan tujuh buah kaunti. Apa kata ikuti kembara backpacker kami selama dua hari ini untuk mengintai keistimewaan Datong.

Rancangan ke Datong pada bulan Februari juga tergendala berkutan ketiadaan tiket kereta api balik ke Beijing. Tambahan pula, ketika itu cuaca masih dingin. Kawan-kawan menasihati kami menangguhkan perjalanan. Justeru pada pertengahan bulan Mei lalu, waktu yang paling sesuai untuk meneruskan kembara di negara sang naga ini, merealisasikan impian yang sering tertunda.

Known as the 'City of the Coal', Datong has developed into the second largest industrial city in Shanxi due to its advantage in energy. Its large reserves of coal make it a very important energy base for China. Since it is a key resource city, transportation here are quite convenient, especially by road and by train. Series of railways and roads work as a huge net to connect the city with many others.

Kumpulan kami yang terdiri daripada 10 orang, pakar asing CRI masing-masing dari Thailand, Filipina, Nepal, Iran dan Croatia serta saya dan si gadis kecil saya memulakan perjalanan menaiki kereta api malam dari Stesen Kereta Api Beijing Barat. Kami menempah kabin tempat tidur Hard Sleeper kerana perjalanan agak lama, iaitu enam jam. Tak kira bila, kereta api tetap penuh. Alhamdulillah, kereta api K217 memulakan perjalanan tepat pada waktunya, iaitu 12.35 tengah malam dan dijangka tiba di Datong pada pukul 6.52 pagi.

Setibanya kami di Stesen Kereta Api Datong, kami terus keluar dan menuju ke perhentian bas untuk ke hotel penginapan kami, Jinjiang Inn. Kami menaiki bas no. 4 dengan tambang RMB1. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit. Walau letih tetapi semua orang begitu teruja. Selepas turun dari bas, kami terpaksa berjalan kaki sekitar 500 meter untuk ke hotel. Mujurlah ada penterjemah kecil yang boleh diandalkan untuk bertanya arah.

Selepas urusan daftar masuk, kira-kira pukul 9.30 pagi, kami memulakan perjalanan ke destinasi pertama iaitu, Yungang Grottoes. Kami menaiki bas kerana pengembara backpacker macam kami memang perlu meminimumkan kos. Tetapi ini pun kira mewah sebab kami menginap di hotel bukan hostel seperti di Xian.

Datong digelar Bandar Arang Batu. Tak hairanlah sepanjang perjalanan selama 30 minit menaiki bas No. 3 ke Groto Yungang kami sering berpapasan dengan lori yang membawa arang batu. Datong menjadi pembekal sumber tenaga utama bagi China.

Ketibaan kami di Groto Yungang disambut hujan yang turun sekali sekala. Sepanjang dua jam di sana, kami beberapa kali terpaksa berlindung daripada hujan yang turun sekejap-sekejap seolah-olah mengusik kami.

Groto Yungang merupakan salah satu daripada tiga kelompok gua utama di China. Groto Yungang terletak di cenuram utara, Gunung Wuzhou, Datong. Terdapat 53 gua dan lebih 51 ribu patung batu di Groto Yungang. Groto (gua kecil yang mempunyai ciri menarik) terbahagi kepada bahagian timur, tengah dan barat. Bahagian barat grotto didominasi oleh pelbagai pagoda. Gua-gua di bahagian tengah mempunyai pelbagai saiz patung Buddha.

Menurut sejarah, pembinaan Groto Yungang dilaksanakan oleh seorang sami bernama Tanyao pada zaman pemerintahan Maharaja Xiao Wen. Di gua terbesar iaitu gua nombor 6 yang setinggi 20 meter terdapat sebatang tiang berbentuk pagoda yang dihiasi patung Buddha dan ukiran. Pada empat sisi tiang menara, dan dinding timur, selatan dan barat terdapat 33 panel ukiran kisah Sakyamuni.

Namun kami kurang bernasib baik kerana gua-gua yang dikatakan mesti dilawati iaitu guna mombor 16, 17, 18, 19 dan 20 sedang dalam pembaikan dan ditutup kepada pengunjung. Walau bagaimanapun, tidak salah dikatakan Groto Yungang menjadi bukti sejarah kegemilangan masa lampau.

Oh ya, satu pujian buat Groto Yungang kerana menyediakan kemudahan tandas yang bersih dan banyak. Tak rugi membayar tiket masuk RMB144 (dewasa) atau RMB72 untuk pelajar dan kanak-kanak yang mempunyai ketinggian antara 130-149 sm.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China