Cari:
Sidang bagi Mempromosi Pelancongan Islam di Xi'an
2014-08-11 10:39:53 CRI Cetak

Sidang bagi mempromosi pelancongan Islam di Xi'an anjuran Agensi Pelancongan Yeaho Xi'an (Yeaho) diadakan pada pukul 4:00 petang 9 Ogos. Saya dan Rahman bersama-sama ikut serta dalam aktiviti ini. Beberapa orang tokoh terkenal telah menyampaikan ucapan, ada yang merumuskan situasi semasa, ada pula yang menyatakan pandangan dan harapan mereka mengenai pelancongan Islam di Xi'an.

Encik Yu Yajun, ketua pengarah Biro Pelancongan Xi'an berkata bahawa Malaysia dan XI'an masing-masing mempunyai kelebihan sendiri. Malaysia kaya dengan pemandangan tropika yang mempesona serta budaya dan adat resam yang unik, manakala Xi'an yang pernah menjadi ibu kota negara China pada zaman purba, memiliki sejarah yang menjangkau beribu-ribu tahun. Beliau yakin, dengan sokongan dan kerjasama jabatan dan agensi berkenaan, masa depan hubungan kedua-dua pihak pasti cerah.

Tuan Haji Ding Jiping, imam Masjid Besar Xi'an, menyampaikan ucapan

Naib Presiden Persatuan Islam Shaanxi, Tuan Haji Ding Jiping,yang juga imam Masjid Besar Xi'an pula memuji-muji suasana di Malaysia yang cukup baik untuk orang Islam. Menurut beliau, penduduk Islam Xi'an amat berminat untuk mengetahui budaya dan kehidupan saudara seagama mereka di Malaysia.

Encik Hasan Jin Yong, Presiden Agensi Pelancongan Yeaho Xi'an turut memperkenalkan pakej pelancongan Islam yang ditawarkan oleh agensinya

Presiden Yeaho yang juga Naib Presiden Persatuan Muslim China, encik Hasan Jin Yong berasa amat sukacita agensinya buat pertama kali dapat menjemput delegasi dari Malaysia untuk datang mengenali Xi'an. Beliau berharap, aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang, sebagai wahana untuk membina jambatan antara Xi'an dengan Malaysia. Beliau turut memperkenalkan beberapa pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Yeaho.

Bagi saya yang memang kaki melancong, memang seronok sekali mendengar tokoh-tokoh ini bercakap dengan begitu bersemangat mengenai pelancongan Islam di Xi'an. Mari kita sama-sama doakan kerjasama ini berjalan lancar, supaya selepas ini lebih mudah orang Melayu dari Malaysia datang ke Xi'an untuk mempelajari budaya China dan menghayati khazanah yang terdapat di sini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China