Cari:
Delegasi Media Malaysia Melawat CRI
2014-09-15 18:00:34 CRI Cetak

Delegasi media Malaysia yang diketuai oleh Pegawai Perhubungan Media UMNO, Mohd Nasri Zakariah melawat Radio Antarabangsa China(CRI) pada 15 September. Delegasi berkenaan terdiri daripada 15 pegawai dan staf dari pelbagai media Malaysia termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Berita Harian, TV3, Utusan dan lain-lain.


Pegawai Perhubungan Media UMNO, Mohd Nasri Zakariah dan Ketua Bahagian Bahasa Melayu, Puan Zhang Wenwen

Selain mengunjungi pameran mengenai sejarah dan perkembangan CRI, anggota delegasi juga berpeluang untuk berinteraksi dengan staf-staf Bahagian Bahasa Melayu CRI.


Zhang Wenwen diwawancara oleh wartawan-wartawan Malaysia

Naib Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Asia Tenggara CRI yang juga Ketua Bahagian Bahasa Melayu, Puan Zhang Wenwen (Awan) telah memperkenalkan usaha CRI dalam meningkatkan pengetahuan antara rakyat China dan Malaysia, di samping mengemukakan cadangan untuk terus menerokai potensi kerjasama antara media kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China