Cari:
Gua Guan, Umpama Alam Fastasi
2014-11-26 10:18:29 CRI Cetak

Guilin di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi terkenal dengan pemandangan alam semula jadi yang sukar ditandingi. Hari ini, kru Kenali Beijing iaitu Melur, Farah dan Rahman, berlepas ke bandar ini untuk "mengenali Guilin" pula.


Selamat tiba di Guilin

Destinasi pertama kami di Guilin ialah Kawasan Peranginan Gua Guan yang merupakan destinasi peranginan peringkat AAAA negara ini. Yang menjadikan pelancongan di destinasi peranginan ini unik ialah cara pengangkutan yang disediakan untuk membawa pelancong. Sebelum masuk ke gua, kami memandu sendiri kereta kecil mengikut rel atau landasan yang disediakan. Di kiri kanan landasan, pemandangan hijau menyejukkan mata. Sebaik sahaja kami masuk ke dalam gua, suasana gelap dan hening amat misteri.


Pandu mengikut rel, bersiap sedia untuk masuk ke gua!

Di dalam gua ini, selain berjalan kaki, pelancong boleh memilih untuk menaiki bot di tempat yang ada sungai dan kereta api di tempat yang tiada. Tak sangka pula di dalam gua adanya pemandangan yang menakjubkan seperti sebuah alam fantasi! Stalagtit dan stalagmit yang terbentuk kelihatan sungguh mengagumkan tatkala diterangi lampu berwarna-warni. Air terjun yang deras dan sungai yang airnya jernih dan sejuk menambah lagi pesona gua ini.

1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China