Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Fujian) Kawasan Xiamen
Pada 21 Mei, delegasi CRI telah dibawa ke Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Fujian) kawasan Xiamen. Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Fujian) kawasan Xiamen melibatkan keluasan keseluruhannya 43.78 kilometer persegi yang merangkumi Kawasan Utama Pusat Perdagangan Rentas-Selat, yang berkeluasan 19.37 kilometer persegi, dan Zon Pelabuhan Perdagangan Bebas Xiamen Haicang, yang berkeluasan 24.41 kilometer persegi. Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Fujian) kawasan Xiamen adalah zon perdagangan bebas perintis China yang sangat unik kerana turut melibatkan pembangunan laut, darat, udara dan pelabuhan kapal.
Pusat Pertukaran Petroleum Xiamen
Pada sesi lawatan hari tersebut, delegasi CRI telah dibawa ke beberapa destinasi menarik sekitar Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Fujian) kawasan Xiamen antaranya termasuklah Service Outsourcing Industrial Park (SOIP), Pusat Pertukaran Petroleum Xiamen, Taman Permainan Kanak-kanak Xiamen, Universiti Komuniti Xinwentonggao Haining dan Teluk Wuyuan.