Cari:
Dari Dalam Melihat Ke Luar
2015-06-17 18:15:39 CRI Cetak

(Oleh Farah)

Pasir merupakan pemandangan yang sudah dijangkakan dalam perjalanan dari Jiayuguan ke Dunhuang

Seingat aku, kalau menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke arah selatan melalui Lebuh Raya Utara-Selatan, selepas perjalanan hampir 400 kilometer, barangkali sudah sampai ke Singapura. Begitulah luasnya wilayah China, hari ini kami menaiki bas sejauh itu dan masih lagi berada di provinsi yang sama. Aneh sekali perasaannya.

Bertambah luar biasa lagi pengalamanku menaiki bas dari Jiayuguan ke Dunhuang hari ini, setiap kali aku melihat ke luar tingkap, landskap di tepi lebuh raya berubah. Aku pernah terbaca bahawa di provinsi Gansu ini sahaja ada lapan zon iklim berlainan. Dahulu aku kurang yakin akan kebenaran fakta tersebut, tetapi pada hari ini tiada lagi ruang untuk berasa ragu-ragu kerana aku telah menyaksikan dengan mata sendiri pemandangan di luar jendela berubah semudah berganti layar.

Lihat sajalah foto-foto yang diambil dalam perjalanan di Lebuh Raya Gansu hari ini.

1 2 3 4 5
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China