Cari:
Majlis Ramah Mesra Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dengan mahasiswa-mahasiswa Malaysia di China
2016-02-15 12:00:17 CRI Cetak

YangAmat Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sedang menyampaikan ucapan. Antara inti pati ucapan beliau termasuklah beliau berharap agar para mahasiswa tersebut akan menjadi duta kecil negara dan mengharumkan nama Malaysia dengan pelbagai pencapaian. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa Malaysia kini sedang menuju negara maju menjelang tahun 2020. Maka, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mencari "titik persamaan" bagi merealisasikan matlamat tersebut. Beliau mahu soal perbezaan pendapat yang sering timbul ketika ini hasil keterbukaan kerajaan disalurkan menerusi cara bangsa Malaysia, iaitu dengan ketertiban dan bijaksana. Sama ada dalam menyuarakan pendapat peribadi atau pandangan pertubuhan yang diwakili, gunakanlah perkataan yang baik dan bijaksana serta fakta-fakta yang bukan emosi bagi menjadikannya lebih konstruktif. YAB Datuk Seri juga mengingatkan para mahasiswa dan generasi muda supaya melengkapkan diri bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan, malah aspek sahsiah agar kemajuan yang dikecapi kelak seimbang antara kemajuan rohani dengan kemajuan fizikal. Mengakhiri ucapan, beliau berpesan agar mahasiswa Malaysia yang berada di China pada ketika ini bukan sahaja bersungguh-sungguh dalam mempelajari bahasa Mandarin, malah menghayati dan menghargai budaya masyarakat Cina kerana masyarakat Cina memiliki tamadun yang tertua di dunia, yang sewajarnya kita, rakyat Malaysia, menekuni keunggulan tamadun tersebut sebagai salah satu usaha untuk membina negara Malaysia yang berteknologi tinggi menjelang tahun 2057 sempena 100 tahun kemerdekaan negara.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China